Monday, June 22, 2015

HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM Penawar Segala Penyakit

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Habbatus Sauda atau Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

“في الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا السّامّ”


“Pada Habbatas Sauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

[HR Bukhari – Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]

Sabda Nabi (SAW) :

“عليكم بهذه الحبّة السّوداء فإن فيها شفاء لكلّ داء إلا السّامّ”

“Hendaklah kamu (sentiasa) mengamalkan Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.

Daripada Aisyah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

إنّ هذه الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا من السّامّ. قلت : وما السّامّ؟ قال : الموت

“Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah kesembuhan (ubat) dari setiap penyakit kecuali as-Sam.” Aku (Aisyah) bertanya: Apa itu as-Sam? Rasulullah menJawab: “Kematian.” [HR Bukhari]

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

“ما من داء إلا في الحبّة السّوداء منه شفاء إلا السّامّ”


“Tiada satu pun penyakit melainkan pada Habbatus Sauda’ itu ada penyembuhnya kecuali as-Sam (mati).” [HR Muslim]

Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).

Mineral lain termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.


Bahkan, kajian saintifik dari-ada Universiti Sains Malaysia menunjukkan habbatus sauda mempunyai khasiat kimia Thymoquinone (TQ), Omega 3, 6 dan 9.
Kandungan TQ yang tinggi membantu dengan bertindak sebagai pengantioksida, antiradang dan menambah kesihatan organ hati.
Habbatus Sauda


Didalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” tahun 2010  telah mengkaji tentang kesan ‘anti kulat’ minyak habbatussauda secara mendalam tentang kandungan minyak habbatussauda iaitu ia mengandungi 3 bahan utama:
  • Thymol
  • Thymoquinone (TQ)
  • Tetrahydroquinone(THQ)
Kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang 30 jenis kuman patogen. Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone) adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit (dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.

Kajian ini juga menunjukkan minyak habbatussauda mempunyai bahan fitokimia yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal dan ahli sains sedang mengkaji keberkesanan minyak ini untuk melawankuman super’ (superbug) yang mampu melawan ubat antibiotik.

Thymoquinone (TQ) adalah bahan aktif didalam minyak habbatussauda yang telah dikaji sejak tahun 1960an. Ia bersifat anti oksidan, anti keradangan dan anti kanser yang dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, athma dan pertumbuhan sel-sel kanser (carcinogenesis).  

Yang menariknya TQ juga bersifat seperti radikal bebas atau iaitu sebagai ‘superoxide radical scavenger’ yang efektif. Ia jufa membantu menguatkan enzim anti oksidan ‘glutathione peroxsidase’ (GSH) dan ‘glutathione-S-tranferase’ iaitu kedua-duanya adalah bahan detoksifikasi utama dalam tubuh dan juga membantu sistem pertahanan anti oksidan dalam sel-sel tubuh kita dan melindungi organ hati daripada kerosakan akibat toksin

Thymohydroquinone (THQ) dan thymoquinone (TQ) adalah bahan natural yang bersifat penghalang anticholinesterase (AChE) yang sangat berkuasa. Oleh itu ia akan membantu mengekalkan paras enzim ‘acetylcholine’ lebih aktif lebih lama didalam otak. Banyak bahan farmaseutikal dicipta secara sintetik untuk mempunyai sifat yang sama. Jika kita mempunyai pilihan mengambil bahan yang natural maka habbatussauda adalah pilihan yang lebih baik. Diantara penyakit yang boleh dibantu dengan sifat anticholinesterase


Habbatussauda atau Jintan Hitam. adalah sejenis tanaman yang memiliki khasiat yang luar biasa serta sangat baik untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan. Habbatussauda sering ditemukan di negara Indonesia dan telah digunakan dalam perubatan sejak berabad lamanya.

Hadith sahih Bukhari ada menyebut “Habbatussauda ada penawar kepada segala penyakit kecuali mati”. Jika tiada sakit atau sebab sekalipon, kita masih disarankan untuk mengambil habbatussauda secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi iaitu Rasululah S.A.W.

Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya 

Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda didakwa bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Berikut adalah antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:-
1) Membantu melegakan batuk dan selsema
2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan
3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati
4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’
5) Membantu merendahkan kolesterol
6) Membantu mengimbang paras insulin / gula dalam badan
7) Membantu melancarkan peredaran darah
8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan
10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan
11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi
Cara pengunaan Habbatus Sauda pula, sebaik – baiknya diamalkan mengambil lima hingga tujuh biji sehari. Sesuai dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. 
(Di ambil semasa awal pagi dan malam kira-kira setengah jam sebelum makan)

Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis produk Habbatus Sauda sama ada dalam bentuk biji, kapsul/softgel dan juga minyak. Mari kita lihat perbandi-tiganya:

BIJI
Biji Habbatus Sauda boleh dikunyah begitu sahaja atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bahan lain. Namun begitu, dikhuatiri biji habbatus sauda yang belum diproses mengandungi bahan-bahan seperti logam berat. Jika diamalkan secara berpanjangan, biji yang tidak dibersihkan terlebih dahulu mungkin memberi kesan negatif.

Biji habbatus sauda yang terrbaik datang dari negara Mesir, dan sekiranya biji adalah berkualiti baik, hanya tujuh biji diperlukan setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

KAPSUL/SOLFGEL
Habbatus Sauda yang dijual didalam bentuk kapsul atau solfgel sesuai untuk mereka yang tidak gemar rasa biji atau minyak ini, Namun biji dan minyak ini telah melalui banyak proses untuk dijadikan kapsul/solfgel dan banyak khasiatnya mungkin hilang. Kapsul/solfgel habbatus sauda mengandungi hanya sedikit sahaja minyak.

Seelok-eloknya, iaitu dalam biji atau minyak, proses penyembuhan dapat berlaku sebaik sahaja minyak menyentuh lidah. Ini adalah kelebihan yang ada pada rasa habbatus sauda yang sungguh unik.

MINYAK
Minyak Habbatus Sauda lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Minyak-Minyak yang terbaik diproses dengan kaedah perahan sejuk iaitu diperah minyaknya tanpa menggunakan haba


Sumber: www.majalahsains.com





DOA NABI YUNUS A.S “ La Ilaha Illa Anta Subhaanaka Inni Kuntu Minazzholimiin " PENAWAR SEGALA MUSIBAH

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Doa nabi Yunus


Rahsia doa Nabi Yunus a.s sangat besar maknanya ,amalkan setiap hari tidak kira di waktu senang atau susah .Ucaplah Alhamdullilah atas nikmat Allah S.W.T kurniakan kepada kita walau hanya sekecil zarah atau seluas lautan sentiasalah kita bersyukur atas nikmat itu .

Berdoalah setiap hari sekurang - kurangnya tiga kali sehari tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun ,terutamanya bila kita dalam keadaan yang teramat sangat memerlukan pertolongan dari Allah S.W.T .Moga Allah S.W.T mendengar dan permudahkan segala urusan kita .

Sepertimana di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s ,Allah S.W.T akan lepaskan hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa ,Insya Allah .

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin .”

"Tiada tuhan { yang dapat menolong } melainkan Engkau { ya Allah } .Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari orang yang zalim {menganiayai diri sendiri }"


Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa hendaklah bersertakan dengan sedikit usaha Insya Allah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Iktibar dari doa / tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut ikan nun ,sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Mengapa  Allah menyelesaikan masalah hamba-Nya, dengan doa dzikir Nabi Yunus itu?
Kerana dalam doa tersebut terdapat pengakuan pada ketauhidan Allah ‘azza wa jalla, pengakuan akan ke-Mahasuci-an Allah, serta pengakuan terhadap setiap dosa, kesalahan dan kezaliman yang diperbuat diri sendiri.

Ini bermakna masih tetap teguhnya pengakuan tauhidullah, pengakuan akan kekurangan dan kezaliman diri, serta sebenarnya adalah permohonan ampun (istighfar) pada Allah. Semua itu agar Allah berkenan dengan segala ke-Mahabijaksanaan-Nya, ke-Mahakuasaan-Nya, pertolongan-Nya dan kasih sayang-Nya, berkenan menolong hamba-Nya, yang sedang sangat berharap akan Allajh. Walaupun selama ini tak menghiraukan-Nya. Bahkan melalaiklan ibadah kepada-Nya. Hanya Allah Dia-lah yang punya kuasa untuk mengampuni dosa dan mengabulkan doa kita. Serta, hanya Dia semata yang bisa menghindarkan diri kita dari kesulitan.

Seperti penegasan-Nya:
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ
Ertinya: “Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati-(Nya).” (Q.S. An-Naml [27]: 62).









#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa


Amalan Membaca SURAH-SURAH PILIHAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Amalan surah pilihan harian mengikut waktu :-
Doa pagi

1. Selepas solat Subuh, baca surah Yassin
(dijanjikan apa yang kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan..wallahua'lam)

Daripada Ma’qal bin Yaasar r.a. bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “ Hati al-Quran ialah Surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya, dan bacalah Surah Yasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati.” (Riwayat Ahad, Abu Daud dan An-Nasai)
Daripada Jundub r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang membaca Yasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.” (Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Surah Yasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “al-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan.” (Riwayat Said bin Mansur dan Al-Baihaqi dari Hasan bin Aziah)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah Surah Yasiin; sesiapa yang membaca Surah Yasiin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas r.a.)

2. Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman
(Untuk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah swt & segala nikmat yang telah Allah s.w.t berikan kepada kita)

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).

3 . Selepas solat asar, baca surah An- Naba'
(Allah s.w.t akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik)

Di dalam surah ini, Allah mewahyukan tentang Hari Kebangkitan (kiamat), kabar gembira bagi orang-orang yang beriman, dan ancaman bagi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.

Selain keutamaan itu, membaca surah an-Naba' akan dilimpahi kenikmatan di hari kiamat. Seperti diriwayatkan Syekh Thabarsi, dari Ubay bin Ka'ab di dalam Majma' al-Bayan-nya, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa membaca surah 'amma yatasa'alun, Allah akan memberinya minuman yang sejuk di hari kiamat."  

4. Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah
(dijanjikan siapa yg amalkan baca, kemiskinan & kebuluran tidak akan dihadapinya)

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:  Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

"Hampir orang yang fakir miskin itu membawa kepada kekufuran." (Hadith Riwayat Abu Namin daripada Anas). Rasulullah bersabda bahwa kemiskinan lebih dekat kepada kufur. Orang yang miskin akan mudah berguncang imannya jika berangan dan mengimpikan  dengan harta. Keran kemiskinan juga boleh membuat sesorang mengadai keimannya dalam haram dan syirik demi kepetingan harta dan kesenangan dunia. Oleh sebab itu, seorang muslim harus mempersiapkan diri dan  keturunannya agar mereka tidak lemah iman, ilmu dan amalan sehingga kemiskinan itu sampai hampir membuat kepada kekufuran. Surah ini walaupun tidak membuat anda kaya raya sebagai diinginkan tetapi sekurangnya dapat menghindar kepapaan jika itu saja yang ditetapkan hak anda oleh Allah, sungguh rezki itu ditangan Allah s.w.t dan Dia sahajalah yang memberikan pada sesiapa saja kemurahan itu.

5. Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk & As-Sajdah
(Untuk menghindari diri daripada seksa kubur. Rasulullah saw tidak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca)

Rasulullah SAW bersabda: Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.
Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur.  Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.”- Ibn Abbas
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah al-Mulk.” (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Daripada Ibnu Abbas r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kuburan yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam.” Aka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan dan yang menyelamatkan dia dari seksa kubur.” (Riwayat At-Tirmizi)
Daripada Jabir r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim al-Sajdah dan al-Mulk.” (Riwayat At-Tirmizi)

Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur. (Riwayat An-Nasai)
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

6. Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi
Hafal 10 ayat pertama  atau sepuluh ayat terakhir surah
( Untuk mengelak & selamat daripada fitnah Dajjal) Baca di sini
: !0 Ayat Al KAhfi

Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi, ia akan terjaga selama delapan hari dari setiap fitnah, jika Dajjal keluar dalam delapan hari Allah akan menjaganya dari fitnah Dajjal.” Hadis ini bersumber dari Ubay bin Ka’b dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia tidak akan terkena bahaya fitnah Dajjal, barangsiapa yang membaca seluruh ayatnya ia akan masuk surga.” Hadis ini bersumber dari Sammarah bin Jundab dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)

Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)

7. Sebelum tidur baca ayat Kursi Juga  setiap kali selepas solat dan sebelum keluar rumah
(Untuk melindungi & memagar diri daripada gangguan kejahatan.)
Dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali serta surah al Falaq dan An Nas 
(Orang yg membaca surah Al-Ikhlas ibarat telah khatam 30 juzuk AlQuran, jika dibaca setiap hari, umpama setiap hari juga kita khatam Quran)


. Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Ayat Kursi


    * Hikmah Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
   Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi       Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat               dan  kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh
    Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah
    :1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana            Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
4, Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
7, Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
10, Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11,Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
-       Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
-       Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
-       Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
-       Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
      12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat                             fardhu,   ia akan;
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
      13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
-  Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
          14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Amalan yang sedikit tetapi konsisten/ istiqomah diamalkan, lebih di sukai & disayangi Allah berbanding amalan2 hebat/besar tetapi tidak istiqamah.
* Rasulullah saw bersabda, " Aku tinggalkan 2 perkara iaitu Al-Quran & Sunnahku, siapa yg berpegang kepadanya, TIDAK AKAN SESAT".
* Bagi mereka yang tidak pandai membaca, tapi cuba untuk membaca diberi 2 ganjaran pahala.
- pertama pahala membaca Quran
- kedua, kerana dia cuba juga baca walaupun bacaannya tidak begitu baik . Tapi haruslah mencari guru & mengikuti kelas bacaan AlQuran supaya dapat memperbetulkan bacaannya.
* Selepas kita meninggal dunia nanti, Al Quran akan menjelma dalam rupa yang sebenar iaitu seakan bulan purnama. ia akan datang menjaga & menemani kita dari Alam Kubur sehingga ke Syurga masih menemani kita.
Sungguh ia adalah pasangan yang paling setia degan kita di dunia & di akhirat.
* Anak2 yang mengamalkan bacaan Al Quran, di akhirat nanti ibubapa akan dipakaikan dengan sebuah mahkota kemuliaan & sinarnya lebih bersinar daripada sinaran matahari. Beri hadiah ini buat ibu bapa kita jika benar kita sayangkan mereka.
* Semoga kita, keluarga kita, pasangan kita & zuriat2 yg akan kita lahirkan tergolong dalam kalangan pengamal Al Quran & pelindung Al Quran.
* Semoga usaha kecil kita ini. Menyebabkan Allah sayang kepada kita. Mudah-mudahan..
Insha Allah…. Salam Muhasabah diri. Bersama beramal

Recommended: 







  Kredit :

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati ,  bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Berharaplah  dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In Sha Allah
-KS-
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...