Sunday, January 23, 2011

KENAPA PERLU SEKSI

berpakaian seksi dan ketat ada kelas?

   Kamu rasa kamu seksi? Aku di sini bukan mahu mengajak kamu jadi lebih seksi tetapi igin mengupas persoalan kenapa seseorang itu suka berpakaian seksi.

    Mungkin di antara sebabnya adalah kerana suka menjadi perhatian orang  dan bangga bila orang tengok dan puji.Tapi apa faedahnya? Hati terasa puas? Lagi?  (Lainlah kalau si isteri  pakai begitu hanya untuk si suami sahaja, memang disarankan pun)

     Semakin ramai anak melayu kita yang rupa dah tak seperti melayu lagi, sebijik macam orang barat.Dedah bahagian badan di sana sini tak tahulah kerana nak tayang kulit yang cantik gebu. Atau kerana itulah trend terkini... kalau tak dikatakan ketinggalan zaman? Tapi apa agama dan pegangan hidup kita? Adakah kita
betul-betul praktikkannya dalam hidup?.
    Di mana-mana sekarang kita boleh lihat orang memakai tudung tetapi baju ketat dan seluar sendat. Boleh tahu berapa saiz branya. Adakah ini terjadi kerana trend atau kerana kawan-kawan berpakaian begitu menyebabkan mereka jadi biasa. Apabila ditegur, mulalah bermasam muka.


     Di usia remaja sememangnya kita lebih suka merasa seronok dan menjadi perhatian. Tapi percayalah bila usia semakin meningkat dan apabila kamu berpaling semula ke belakang kamu akan memikirkannya kembali..
  Ingatlah, sesuatu yang berharga itu biasanya dibungkus kemas dan cantik. Sesuatu yang mudah terdapat di mana-mana tu adalah benda yang murah nilainya. Jadilah muslimah sejati dan hargailah diri sendiri. Letakkanlah nilai yang tingi pada diri sendiri.

   Renung-renungkanlah dalam diri apa yang kamu fikir tentang diri kamu, adakah Allah meredhai hidup kita dan bagaimanakah penampilan kita, adakah mengikut garis panduan yang ditetapkan.. Allah tidak memandang rupa kamu tetapi hati kamu.. bermula dari dasar akidah dan keimananmu  
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)

   .Yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perkataan 'terlanjang' itu ialah seorang wanita yang berpakaian ketat dan nipis hingga menampakkan susuk tubuh dan warna kulit..keadaan itu samalah seperti tidak berpakaian..zahirnya mereka berpakaian tetapi sebenarnya terlanjang.
    Syariat melarang kita berpakaian yang nipis dan ketat serta menampakkan bentuk badan dan warna kulit. islam itu bukan sengaja melarang sesuatu perkara tetapi ada sebab dan musababnya. Ada hikmah di sebaliknya...

(Aku memohon maaf jika ada yang tersinggung... :p)

Tambahan : inilah yang  dimaksudkan berbonggol seperti unta 

No comments:

Post a Comment

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...